Thursday, October 9, 2014

Jawapan kepada komen Orang PAS tak suka katak melainkan seorang


Saya merupakan salah seorang pembaca yang bengang dengan blog Maharaja Zhou (maharajazhou.wordpress.com). Komen ni merujuk kpd perbincangan dalam post “Orang PAS tak suka katak melainkan seorang”. Saya dah cuba tinggalkan komen ni dalam blog Maharaja Zhou tetapi tidak disiarkan. Blog ni dioptimizekan supaya muncul di Google utk keyword "Maharaja Zhou" dan "Maharaja Zhou blog".

Maharaja Zhou:tg undian 97%,saya takbangkang sebab di mana ia diterbitkan.Tapi yg saya pertikaikan metodologi.Kalau nak jadi 100% pun boleh,tapi mesti tunjuk metodologi macam mana dia buat survey tu,kaedah apa,di mana,siapayang dia amik survey.

Yang ni mengarut. Klau macam tu, ko tak payahlah percaya berapa ramai sertai demo BERSIH, berapa ramai buat demo bantah PPSMI, keputusan bola sepak, angka kematian gempa bumi, ramalan cuaca dan lain-lain. 

Maharaja Zhou: Ya,saya memang adil dalam menerima berita.
Yang ni mengarut. Habis tu, bila The Star siarkan berita tentang 74% penduduk Perak mahu mengundi semula, kenapa ko tolak? Kalau ko dah baca sumber berita pembangkang tentang keburukan orang UMNO, dan lepas tu menilai dengan adil, kenapa ko sokong UMNO? Yang banyak buat baik macam Nik Aziz dikutuk habis-habisan. Yang banyak buat keburukan, orang UMNO disokong pula. Adil dalam menerima berita konon. 


Maharaja Zhou: Kita respek ulamak kalau pndapat dia based on al Quran dan hadith.Aku pun baca tafsir al hujurat Haji hadi,dan byk tafsir diorang,dan kalau sama dengan tafsir mcm Ibn Kathir,Qurtubi,etc aku boleh terima.Kalau bab fiqh,selagi mana bersandarkan alQuran dan hadith yg diorang pegang,I have no problem.Kalau dah tak betul ikut Quran dan sunnah mcm mana?

Maharaja Zhou:PAS mmg mcm candu,khayal sehingga dapat petunjuk dari Allah.Kalau tau pasal xbetul,apa perlu kita buat?Sahabat dulu dapat perintah larang minum arak,arak kat tangan terus tuang.Aku tak sampai tahap tu, aku berdebat dengan orang,semua tak dapat jawab,then aku yakin PAS tak betul.Aku guna hadith saja,ustaz2 PAS tak boleh jawab. Aku takde sapa suap aku pun masuk UMNO.Aku sokong UMNO ni tak ada sapa layan aku macam aku dalam PAS.Aku dalam PAS,pegi mana2 orang PAS layan aku macam tuan.Orang sambut, orang cium tangan.Tapi, aku tau aku masuk UMNO dengan hak,jadi aku patut istiqamah dengan UMNO walaupun orang UMNO bolayan dengan aku tak macam orang PAS.
Maharaja Zhou: Tapi aku bila dah mengaji ugama lebih,aku tak suka orang tipu dengan nama Nabi.
Maharaja Zhou: Saya tidak anti orang PAS,tapi saya anti PAS,selidik dulu Al Quran (baca dengan tafsir…tafsir bukan terjemahan tau),Hadith(especially bab politik dan pemerintahan) dan sejarah Islam,sdr akan jadi macam saya.
Maharaja Zhou:Kalau terer, mesti dah lama dah masuk UMNO puak2 tu, aku dah berdebat dah bersilat lama dengan puak PAS dengan dalil tu.

Berdasarkan kenyataan2 ini, Maharaja Zhou cuba buatkan pembaca fikir yang dia tinggalkan PAS sebab dia fikir yang perjuangan PAS bertentangan dengan Al-Quran dan hadis. Itu semua TIPU. Saya dah check dengan pembaca Mahasiswa KIni dan komen yg ditinggalkan dalam blog Maharaja Zhou, nama sebenar penulis blog tipu dan penuh candu (blog maharaja Zhou) ni ialah Azlan Zainal. Kalau tak caya boleh rujuk komen oleh kawan Azlan dalam post ni. Mantan Timbalan Amir PMIUM. Jahat betul budak ni sebenarnya. Suspect utama dlm kejadian kepala babi di surau API, UM tahun 2009. Suka mengorat muslimat comel. Kenapa dia tinggalkan PAS/PMIUM ialah sebab dia kena tendang. Al maklumlah, masa dok dalam PAS/PMIUM dulu dia banyak buat silap dan timbulkan masalah. Jadi cerita tentang candu PAS, konon dia menentang PAS lepas rujuk Quran dan Hadis serta dia tak suka orang tipu dgn guna nama nabi adalah mengarut dan rekaan semata-mata. Cerita ttg dia masuk UMNO sebab dalil hadis tu adalah tipu. Sebenarnya masa post ni ditulis, dia tak masuk UMNO pun. Dia masih lagi mursyidul am JIK.  Boleh rujuk komen oleh kawan Azlan tadi. Manakala cerita ttg orang PAS hormat dia dan lyan dia macam tuan itu rekaan semata-mata. Orang PAS/PMIUM langsung tak hormat dia. Rujuk komen oleh barua, manjau dan entah alan dlm post ni. Tak suka orang tipu dengan nama nabi konon. Babi betul. 

Maharaja Zhou: Saya tidak anti orang PAS,tapi saya anti PAS,selidik dulu Al Quran (baca dengan tafsir…tafsir bukan terjemahan tau),Hadith(especially bab politik dan pemerintahan) dan sejarah Islam,sdr akan jadi macam saya.
Yang ni tipu semata2. Habis tu, kenapa student kita yg belajar sampai Al-Azhar, sertai PAS bila mana  dah blk ke Msia? Takkanlah diorg tak blajar hadis dan perundangan masa kat sana? Kalau betullah kenyataan ni, maka dah tentu semua student kita yg mengaji kat Al-Azhar, Universiti Islam Madinah dll semuanya akan join UMNO. Tapi hal tu X berlaku. 

Maharaja Zhou: Yang sekular tu PAS.PAS guna nama Islam sedangkan Islam kata tak boleh jatuhkan pemerintah walaupun berhati syaitan.jangan kata 2-3 tahun, 2000-3000 tahun pun takkan kau jumpa, sebab ulama2 dah bahas bab ni masak dah.Namakan saja,Imam Nawawi, Imam Tahawi, Hassan AL Basri, namakan saja, semua tak bagi.Siapa Anwar Ridwan, Ishak Sulaiman dan Zulkifli Yusof banding dengan nama2 ni?
PAS tu sekular (hahahaha)? Habis tu UMNO tak sekular lah? Pasal haram jatuhkan pemimpin walau pun berhati syaitan, itu mengarut. Tak yah tunggu 2-3 tahun. Rujuk saja kpd pembaca2 Mahasiswa Kini dan mereka akan dapat jawab. 

Maharaja Zhou: Rasulullah kata WAJIB TAAT: Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

Sebenarnya, yang nabi maksudkan dalam hadis ni ialah bila mana umat Islam masa tu ketiadaan pemimpin lain yg berkaliber utk memimpin mereka. Ia tidak relevan dengan situasi dlm Msia ni sebab dlm PAS ada pemimpin yg berwibawa. Bawaklah hadis ni ke Mahasiswa Kini dan pasti pembaca di sana akan dapat jawab.

Maharaja Zhou:Pasal identiti, inilah dinamakan strategi perjuangan.Tau tak apa maksud hadzar?Dalam perjuangan ada keberhati-hatian.Heran jugak dengan ahli jamaah ini, bila diorang buat tamrin, usrah rahsia dia kata strategi, kalau orang lain sembunyi, dia orang kata kalau benar, dedahlah identiti.Heran..heran..

Pasal identiti, inilah yang dinamakan strategi penipuan. Kalau sumber berita PAS berikan fakta, itu mintak bukti, ini mintak dalil. Tapi kalu org tanya identiti dia (Maharaja Zhou), itu nak rahsia, ini nak sembunyi. Bila identiti dia dah bocor, terus cabut lari. Skrg dia dah berhenti pun update blog Maharaja Zhou. Almaklumlah, dah bocor rahsia. 

Maharaja Zhou: Kalau dah memang tak faham , nak kata macam mana lagi?takkan gajah nak kata singa. Bukan pandangan kami, tapi pandangan Allah dan Rasul.kalau tak mahu ikut macam mana hidup nak berkat?
Ikut Allah dan Rasul konon. Yg ko dok mengorat muslimat comel, itu ikut Allah dan rasul ke?

Maharaja Zhou: Saya boleh terima semua kebaikan yang Nik Aziz buat. Tapi sdr Kriss bolehkah akui apa yang Nik Aziz buat salah?
Nik Aziz sepatutnya ikut jejak Tun Mahathir,berhenti saja politik dan pergi mengajar.

Ada beberapa point yg saya ingin ketengahkan di sini:
1. Dlm post ni, Maharaja Zhou berlagak kononnya dia lagi baik, lagi zuhud dan lagi alim dari Nik Aziz. Ya, bolehlah dia berlagak begitu sebab masa post ni ditulis dan dijawab, takde siapa tahu identiti dia yg sebenar. Tapi, selepas identiti dia bocor, dia terus lari. Mana taknya, selepas identiti dia bocor, barulah semua org tahu bahawa dia bukanlah sebaik yg dia cuba gambarkan. Malahan peribadi dia dgn TGNA bagaikan langit dgn bumi, TGNA jauh lebih baik dari dia. 

2. Nik Aziz tu seorang yg bergelar ulama, Mursyidul Am dan Menteri Besar. Biasalah kalau dia buat keputusan yg tidak memuaskan semua pihak. Masa sedara Maharaja Zhou (Azlan Zainal) dok dalam PAS dulu pun, sedara banyak buat silap. Bayangkan ajelah klu sedara berada di tahap Menteri Besar, mesti lagi banyak silap yg sedara buat. Seperkara lagi, dalam banyak-banyak menteri besar dalam Msia ni, Nik Aziz adalah orang yang paling tak patut berhenti berpolitik kerana sifat zuhudnya. Cubalah sdra MZ nyatakan ada tak lagi MB dalam Msia ni, especially MB UMNO yang zuhud macam Nik Aziz. Bersih dari tuduhan rasuah, penyelewengan dan tidak salah gunakan kuasa. 


Cinabeng: sorry beb..Nik Aziz bukan ulamak! Kalau kau tengok penampilan saja dan label org ulamak..Abuya Al Arqam pun lulus jadi ulamak.

Betul, tapi Abuya Al-Arqam tu dah di klasifisikan sesat oleh Majlis Fatwa dan JAKIM. Tetapi Nik Aziz ni lain. Kalau PAS tu sesat, kenapa Majlis Fatwa tak haramkan aje PAS macam yg diorang dah buat kat Al-Arqam? 

Cinabeng:Tentang ulamak mcam nik aziz ni cegah kristianisasi…ini satu pembohongan yg amat besar! 
Mana ada. Negeri di bawah Nik Aziz (Kelantan) langsung tiada kes murtad sejak 10 tahun lepas. Berbanding dgn negeri2 di bawah BN, kes murtad semakin menjadi-jadi, sehingga ratusan ribu (mungkin mencecah jutaan) org murtad. 
 

No comments:

Post a Comment